Motor Pancit
Pagi tadi satu pemandangan yg luar biasa berlaku di sepanjang hi-way KL Seremban. Secara sedar atau tidak, antara selalu berlaku atau kekadang aku perhatikan beberapa biji motosikal yang tersadai di tepi Hi-Way.
Aku kira kesemuanya ada tujuh yg berhenti tetapi ada juga beberapa biji motor yang memecut laju menuju ke Petronas Bkt Jalil tuh.
Semasa minum pagi di kantin tempat kerja, seorang rakan mengkompemkan memang terdapat tujuh biji motor yg berhenti. Tayar motor pancit kerana benda tajam. Tidak seperti paku tetapi kepingan pipih yang runcing seakan paku. Tapi memang niat org kalau dah jahat memang jahat juga. Aku rasakan memang ada sendikit yang menjalankan kerja ini. Membaling paku ke jalan supaya orang langgar dan menyebabkan tayar mereka pancit.
Sungguh tak bermoral, tiada kesedaran sivik langsung dia orang ini. Aku mintala kalau dia orang kena tangkap, eloknya hukum dibalingkan dengan rim motor kat dia orang nih. Tak pun getah motor tuh dipotong dan buat tali sebat utk mereka. Pertontonkan kat sepanjang Hi_Way. Buat macam lori Ripley's tuh. Pakai Clear glass kat body belakang tuh dan sebat mereka masa lori sedang berjalan. Pertontonkan kat orang ramai. Pass tuh tayangkan dalan TV.
Seorang kawan cuba menyalahkan PLUS. Aku tak cuba untuk menyokong kata katanya. Cuma aku fikirkan, laluan Hi-Way tuh panjang dan aku rasa tak sempat dia nak cukupkan masa pusingan rondaan dan apa yang aku harapkan supaya kamera di pasang di spot yg kerap terjadi benda benda sebegini. Pemantau dibuat dan kamera boleh menagkap mereka yang membuat dajal ini.
Apa apa pun, kepada yang membawa motor itu, sebaiknya bawalah tiub motor extra dan juga Pump kaki. Kalau rasa sesak, beli pump yang kompak ajer dan pum tayar masa perlu sehingga sampai ke bengkel motor yg sebetulnya. Ini lebih baik dari terus menggunakan khidmat mereka. Secara sedar atau tidak, anda sendiri yang menyokong bisnis mereke, secara suka atau tidak. Fikirkanlah