Budak Macai

Its all about me, loves one and friends that dear to me

Friday, March 24, 2006

Anakku dah besar

Liyana: Ayah/ibu nak memeh (susu)
AkudanArc: Sayang ayah/ibu dulu
Liyana: Cup emmm ayah/ibu wangi.

Shasha: Ayah/ibu nak memeh
AkudanArc: Sayang ayah/ibu dulu
Shasha: cup.......

Liyana: Nak pegi kedai beli gula gula
AkudanArc: Sayang ayah/ibu dulu
Liyana: Cup emmmmm ayah/ibu wangi
Aku: (kalau kat aku la...tahu dah ayat dia walaupun ada bau peluh masculine aku)

Shasha: Ayah/ibu nak pegi kedai beli gula gula
AkudanArc: Sayang ayah/ibu dulu
Shasha: cup

Kena kat abang dia

Ibu: Abang dah nak pegi sekolah dah. Belum sayang ibu lagi.
Azfar: Tunduk tersipu sipu malu........

Dah besar sangat agaknya anak aku yang bujang sorang nih

Thursday, March 23, 2006

Macai juga yang kena

Pukul 12.00pm selepas abis buat keje Odit semalam

Ex Bos: Besides you, who elses know about systems, engines and its consumables.
Aku: Fr.1
Ex Bos: Lain lain
Aku: Panggil procurement la
Ex Bos: Dia tak tahu pasal nih.
Ex Bos: Lain lain yang tahu pasal engine bermotor
Aku: Fr.2
Ex Bos: OK, you ollsss come to CEO Office
Aku: Apsal pulak
Ex Bos: Selesaikan masalah negara!

Aku: Fr.1, Fr.2 ikut aku ke CEO office
Fr.1 and Fr.2: Apahal la pulak kali nih

Dalam perjalanan keluar Office terserempak dengan Bos Unit kita orang.

Kami: Kena panggil dengan Hj. ********* masuk bilik CEO. Kena bagi information pasal consumables. (Hj nih yg menentukan bajet kepada jabatan kami nih, juga menjadi bekas bos semasa aku kena seconded dengan MOF utk projek di Kyrgyzstan)
Bos: Bagi minta contingency bajet la nanti.
Aku: OK (dalam hati apasal pulak Hj tak panggil directly Bos Aku dengan Mem Besar sekali.....moskel)

Sesampai di opis CEO

Secretary: Masuk dalam meeting room

Menurut perintah ajer .......... first time nak jumpa CEO baru (Memangku ajer dia nih pasal rasanya JJ dah ada calon dia sendiri)

Ex Bos: I got to call my best engineers and creative engineer to give their ideas.
Kami: Bewildered (dalam hati gembira pasal ini la kali pertama dia cakap direct begitu)
Ex Bos: OK state the problem statement!
Entah siapa tah: OK blal bla bla bla bla bla bla bla
CEO: I need the solution by 2.00pm. JJ wants to brief ministers in Post Cabinet Meeting. (and she left the meeting room)
Ex Bos: So Razi, what do you have in mind
Aku: Fr.2 ..... what do you think?
Fr.2 and Fr.1: We need more data
Entah siapa tah 2: Kita tak cukup masa. JJ call pukul 10.00am nak dapatkan data macamana
Aku: Susah nak buat keje tanpa data. We blind without them
Ex Bos: Kita cuba dengan hypothecal solutions dan assumptions.
Aku: If you agree with the process I could give my ideas.
Ex Bos: Ha cakap la
Aku: Bla bla bla bla bla GPS Bla bla bla Transducer bla bla bla bla GPRS bla bla
Ex Bos: Betul jugak tuh. We can add this bla bla bla bla

Pendekkan cite we manage to table the ideas and solutions. CEO agreed and will brief JJ at Putrajaya. Dia kata kalau dia tak dapat nak explain further she will call my Ex Bos. Ex Bos cakap I'll bring Razi.

(Baru la tahu knp Ex Bos tak panggil Bos aku atau Mem besar, rupanya bukan pasal bajet utk jabatan kita org, rupanya projek bantu kementerian lain)

Pagi ini awal awal pagi

Ex Bos: Razi (jerit memanggil - Meja aku dengan dia dalam 7~8 meter)

Aku pun menapak la ke meja dia

Ex Bos: Duduk duduk........ tersengih
Aku: Apsal
Ex Bos: Cabinet accepted our proposal ...... in other words your proposal.
Aku: OK la tuh
Ex Bos: Ko kena start ground work.
Aku: La apsal aku. (kan aku dah tak report dekat dia)
Ex Bos: CEO minta
Aku: Aku dah ada projek aku sendiri
Ex Bos: Ko buat ground work ajer, lepas tuh kita segregate keje.
Aku: (Hanya mampu mengeluh .......... ini la dia keje dgn tempat aku nih ....... sapa yg bagi idea dia yg kena buat keje ...... sungguh pun aku dari unit yang berbeza tanggung jawabnya)
Bos: Ehhh mana boleh ....... dia ada KPI dia sendiri la (Bos duduk sebelah aku ajer)
Ex Bos: Ini masalah negara nih
Bos: (hanya mampu tersengih)

Inilah nasib Macai seperti aku.

Wednesday, March 22, 2006

Apakah makna semua ini?

Masih tak kebah lagi dengan demam Gathering Makan Makan dah nak buat Gathering Boling pulak. Bergaduh nak rebut tempat. Ramai yang mengaku terer main. Aku dengan bangga mengaku pandai main spin which is true (eleh ....... pandai spin masukkan dalam longkang pun nak eksen). Ada tuh dah siap mengaku jadi juara.

Main dulu la baru tahu sape terer. Setakat nak sebut, aku sepuluh kali boleh mengaku terer.... hehehehe. Ada yang nak main dekat Endah Parade (Seri Petaling), ada yang nak main dekat Flaminggo (Ampang), ada yang nak main dekat Alamanda (Putrajaya). Aku, korang sebut la kat mana aku sampai. BSR ker Mid Valley ke aku tak ada problem. Professional la katakan (saje ajer nak psiko korang)

Tapi jangan la ajak main kat Miri. Tak lalu aku main dengan kaum hingus meleleh pass tuh bila tarik nafas, hingus tuh naik balik masuk hidung....... Boleh!

Tapi apakah makna ini semua? Aku tak tahu apa makna pada yang lain tapi bagi aku, rasa, Bangla sorang nih, walaupun di kejauhan sudah mampu untuk merapatkan atau mengikat tali persahabatan bukan saje kepada dirinya tetapi juga kepada circle tagnya juga. Dari satu gathering ke satu yang lain pasti ada satu elemen yang semakin menguatkan persahabatan circle Bangla nih. Satu elemen X Factor yg masih belum terungkai.

Man .......... we wish you were here.

Monday, March 20, 2006

Rahsia Terungkai

Nih publish kali ke dua pulak nik. Asik sangkut ajer blog aku.

Apa la halnya dengan aku punya blog. Lepas Joe Komen langsung tak boleh masuk dah. Ini try republish balik semula nih.

Macamana la aku boleh terjerumus dengan kancah ini. Bukannya aku saje saje ajer nak berbuat demikian. Dulu, akulah orang yang paling tak suka dengan benda benda nih semua. Bukannya aku tak pernah kawan aku menyamar berjantina lain masa chatting dulu dulu, bukannya aku tak tahu kawan aku cheats isteri dia semenjak berchatting chatting ini dan bukannya aku tak pernah dengar radio kisah orang terputus kasih disebabkan chatting chatting ini.

So bila wife aku cite dia ada berborak dgn org org dlm satu tag ini, akulah orang yg paling risau. Jealous ........... suka hati korang la nak cakap apa. Kan itu tandanya sayang. Aku tak pulak periksa kat mana dia berborak dan aku sendiri pun tak tahu juga ada berapa banyak IRC2 nih. So aku pendamkan ajer. Dia sambung lagi yang kat dalam Tag tuh semuanya intelligent belaka, tak macam di IRC yang banyaknya tak betul perangainya.

Kalau kat dlm kete tuh tak jemu jemu dia bercerita pasal sorang makcik kat Okinawa, pasal perbualan antara 2 anak lelaki dengan bapa, pasal sorang makcik menjadi ketua keluarga, sorang makcik yang tinggal kat USA, kisah Melayu yang menjadi bangla kat USA, pasal sorang makcik nih yang selalu beri nasihat kat mamat Bangla USA nih and not to forget pasal kisah kisah dolly dgn bahasa fonennya. Aku blur dan aku tak tahu apa ke bendanya blog tuh. Aku dengar macam blok ......... ruang untuk disikan dgn benda benda yg ko nak isikan. Aku ........ lantak pi lah pasal aku pun ada banyak benda lain aku nak buat. Aku pun buat tak kisah ajerla ... dengar ajer apa wife aku cite.

Aku, kadang kadang berjalan pusing pusing KL selalu kena call datang ke tempat keje. Emergency ker, equipment trouble shooting ker, masalah dengan shift personnel ker dan macam macam lagi la...... Dan terkadang kadang tu la wife aku akan terikut sama aku ke office dan buka la macam macam blog tuh. Aku pasal sibuk tak adalah kisah sangat. Buat keje aku ajer.

PC aku memang selalu ON 24 jam dan ada sekali tuh wife aku buka la blog bangla USA nih. Aku pun bukannya ambik port pun. Seingat aku adalah komputer aku masuk blog tuh selama 24 jam untuk sepanjang minggu itu. Lama lama kelamaan aku pun terima la satu Pop Up Window dari bangla sorang nih. Masih buat tak port juga tapi aku cite kan la kat wife aku. Wife aku pulak siap cite macam mana nak mulakan bual dekat tag tuh. Dengan tunjuk ajar dia tuh, aku pun mula ambik bold step berchatting la sekejap kat dalam tuh. Pasalnya aku tak pandai gune menguna IRC ker tag's chat ker atau apa2 yg seangkatan dengannya aku pun main taip ajerla.

Sepanjang wife aku kat opis aku, dia gunakna nick BUDAK. Tak tahu kenapa dan aku pun tak nak ambil tahu pun. So bila dah main tulis ajer kat tag tuh, keluar la nama BUDAK yang melekat sampai kini. Gara gara tak tahu berchat la nama itu kekal sebagai BUDAK.

Asalnya borak borak biasa ajer ...... dan aku gunakan pun forum ini kadang kadang utk communicate dgn wife aku. Cuma aku gunakan bahasa yg org pasar biasa gunakan ajer. Tuh yang ramai tak terperasan. Masing masing ingat aku dan Wife aku nick ARC macam tak ada apa apa hubungan. Orang tak tanya aku tak jawab.

Nak dijadikan cite adalah satu kisah dgn ITIK PUTIH (IP) yg kena harras kat opis dia. Aku pun adalah berborak dalam tag tuh dan nasihatkan IP apa yang harus dia buat. Ada sorang makcik nih perasan aku boleh bagi tips kpd IP apa yang harus dibuatnya. Dan dijadikan cite, Makcik ini (AN) datang ke KL berurusan di ibu pejabatnya dan mengajak Arc untuk minum petang bersamanya. Makcik ini perasan aku selalu communicate dengan Arc dan bertanyakan kepada Arc sapa Budak nih sampai pandai bagi nasihat kat IP. Arc pun beritahu kat AN yg Budak nih suami dia ........ hahahahahaha ...... tapi minta AN jgn kecoh kecoh dulu. AN ok pun tak bocorkan rahsia kami.

Selepas dari pada itu, aku pun mulakan untuk berblog. Atas ransangan AN dan AM, aku pun mula la berblog. Bukannya pun aku ada cite hebat yang nak dihebahkan pun kat orang ramai. Cuma aku ada satu cite cite yg aku yakin aku nak buat satu masa nanti. Aku nak menulis. Menulis satu satu perkara yg merangsang minda supaya positif dalam kehidupan. Mulanya aku skeptikal juga. Tapi bila mengenangkan Anthony Robbin(Awaken the Giant Within, Unlimited Power) itu yang gagal sekolah menengah pun boleh menjadi penulis dan penceramah hebat serta Og Mandino (The Greatest Sales Man in The Worls) yang mula menulis di awal usia 50 an serta pernah gagal dalam hidup yang hampir hampir menyebabkan dia igin membunuh diri, aku jadi berani nak menulis. Mungkin aku tak sehebat Dr. Swarchzer (The Magic of Thinking Big) atau Dr. Dale Carnegie atau sehebat Dr. Fadzilah Kamsah mahupun Dr. HM Tuah. Tapi aku takkan padamkan niat aku ini.

Selain dari AN, ada juga seorang blogger nih yang Arc suka makan caramelnya. Nak dijadikan cite 2 kali kami pernah ke rumah Sempoi dan bila ber borak2 dia terperasan yang aku nih pun tahu cite cite kat dalam tag. Dia terus teka aku nih Budak. Macam aku cakap awal tadi, orang tak tanya aku tak jawab. Bila dia dah tanya aku mengaku ajerla aku ini Budak. So mereka nih ajerla yang tahu Budak dan Arc nih husband and wife.

Sampai kehari kita gathering Sabtu (18/03/06) lepas di Manhattan Fish Market Ikano, barulah org tahu kami ini husband and wife. Joe Bangla terkejut bila tahu cite ini. Angah macam terkulat kulat kebingungan, Azfa macam rasa aku dgn Arc husband and wife, tapi berubah fikiran sebelum ke MFM. Ramai yg tak sangka terkejut bila dapat tahu keadaan yg sebenarnya. Bilal ....... cis apa agaknya rahsia Aku (Bilal) yg Arc dah cite kan kat Budak (Aku)..... don't worry Bilal ..... ko blh percaya dgn Arc.

Sekarang semua misteri telah terungkai. Aku tetap mahu dikenali sebagai Budak. Sinonim dengan aku yang menjadi macai di tempat keje aku nih.

Anyway, We had a wonderfull evening that night. Thank you Joe for buy us the dinner. I am looking forward to have another session with all of you guys.