You Stop Learning When You Die
Semalam aku dan teman sepejabat telah menghantar borang permohonan untuk menyambung belajar. Selama ini aku telah cuba untuk menyambung pelajaran aku tetapi selalu tersangkut kerana aku malas nak dapatkan transcript periksa aku dari Liverpool University. Aku rasakan aku macam menyusahkan dia orang ajer nak cari exam transcript aku.
Tapi yang sebenarnya aku malas nak buat money order yang Pound Sterling 10 di bank untuk salinan transcript dan urusan pos transcript itu. Aku rasa Aunty N tuh kira kuat la pasal berkesanggupan untuk urusan mengeluarkan duit yang dihantar oleh Joe Bangla USA untuk didermakan kepada insan insan yang memerlukan......Aku....arghhhh malas.
Tetapi tahun ini lain kerana aku kira dah tak boleh bertangguh lagi. Aku kena tekad untuk sambung belajar tahun ini juga. Lagi pun aku boleh bayar Liverpool University pakai kredit card ajer untuk exam transcript aku. Tuh yang menjadikan aku terus bersemangat tuh. Tambahan pula *** pun menyokong. Jadi senang kerja aku untuk membuat urusan penyambungan belajar.
Tidak seperti rakan aku yang menempuh dugaan yang pertama bila isterinya sendiri tidak bersetuju untuk dia sambung belajar. Alasannya takut mereka kekurangan duit untuk jangkamasa rakan aku sambung belajar. Tapi bagi aku itu hanya alasan siisteri sahaja kerana kami sambung belajar pun dengan menggunakan duit KWSP. Tempat aku ada menyediakan cuti belajar bergaji penuh tapi aku tak nak pasal aku dah bosan terikat dengan JPA nih. Ada ruang baik aku nak keluar ajer dari sini. Rakan aku asalnya nak mengambil peluang yang disediakan oleh majikan kami tetapi akhirnya mengubah keputusan untuk membayar sendiri menggunakan KWSP. Sebabnya aku tak pasti....itu yang agaknya siisteri tak berapa menyetujui tindakan rakan aku itu.
Aku tahu apa tujuan rakan aku sambung belajar kerana dia risau dah lama dia berada dikedudukan sekarang dan tak berganjak sekian lama. Baginya jika dia dapat sambung belajar mungkin ada ruang untuk dia naik pangkat..... Bagi aku sebab utama aku sambung belajar bukan la sebab kenaikan pangkat. Pangkat aku dengan kawan aku pun dah tinggi sket. Gred aku dengan Bos aku pun sama cuma pasal dia lebih senior dari aku maka dia la yang menjadi ketua unit. Rakan aku gred setakok bawah dari aku walaupun dia sama senior dengan bos aku. Sebabnya......korang sendiri pun boleh tahu...hehehehe.
Aku sambung belajar pasal aku nak tunjukkan kat anak anak aku belajar tak mengenal usia. Ayah yang dah habis universiti pun sambung belajar lagi..... itu ayat ayat yang nak aku tekankan kat minda mereka. You stop learning when you die..... Aku nak mereka bersemangat bila belajar. Aku nak tengok mereka rajin belajar. Betul bukan semua orang yang pandai boleh jadi kaya macam Bill Gates, Michael Dell, Anita Roddick dll tapi masih ramai juga yang habis universiti jadi kaya raya macam Warren Buffet. Kaya bukan sebab utama untuk menjadi pandai. Dan jika kita pandai orang akan menghormati kita, kita akan menjadi tempat orang membuat rujukan dan tempat orang meminta pertolongan. Kan ini perkara mulia dan menjadikan kita kaya dari segala segi.
Apa apa pun ini masih peringkat awalan. Borang baru ajer dihantar dan keputusan pun lewat lewat nanti bulan April. Ada rezeki aku dapat la aku sambung belajar. Kalau tak dapat tahun ini aku cuba minta lagi tahun depan. Aku nak juga tunjukkan kat anak anak aku biar besar manapun, kita tak akan berhenti belajar.
Doakan supaya aku dapat meneruskan pengajian aku nanti.