Budak Macai

Its all about me, loves one and friends that dear to me

Friday, January 13, 2006

Korbannnnnnnnnnnn

Phew.............Lama dah aku tak dapat nat update blog aku nih. Sibuk tak sudah aku. Dengan appraisalnya, lepas tuh prepare untuk presentation material untuk pelawat dari Institute of Engineers Malaysia lagi, dengan raya korbannya lagi.

Sudahnya aku jamak ajerla cerita nya. Biar aku cite pasal Raya Korban la.

Sebenarnya tahun ini adalah pengalaman aku yang pertama tengok korban. Biasanya aku tak tengok. Tak boleh tahan.......sedih ajer aku tengok lembu yang disembelih. Alkisahnya dulu masa kecik nak makan ayam kan sembelih sendiri. Bukannya macam zaman sekarang tahu dah ada ajer.

Dulu dulu masa abah aku sembelih ayam aku tengok juga. Tapi yang jadi tak sampai hati itu ayam yg disembelih dengan leher yg dah terlentok tuh masih boleh nak terbang lagi tuh atau boleh berjalan jalan. Kesian aku tengok. Jadi semenjak itu aku tak lagi tengok orang sembelih ayam atau sembelih binatang korban. Aku jadi tak sampai hati. Macamana la agaknya pengobanan yg telah diberikan Nabi kita Ibrahim dulu2.

Biasanya, aku masa raya korban akan kembali semula kesurau hanya selepas jam 10.30am. Biasanya lembu tadi dah disembelih. So aku tak payah la tengok lembu kena sembelih. Aku akan hanya melapah dan timbang daging. Bab nih ok ajer aku.

Macam kat tempat aku korban lembu lembu 4 ekor. Orang Indon kata lumayan pak. Memang lumayan pun. Yang satu ekor itu 1/3 daripadanya di"hadiahkan" kepada orang yg mengendalikan urusan korban dan juga dimasak utk jamuan tengahari. Tulang tulang dibuat sup tulang..............pergh....sedap woooooooooo. Tapi aku yg lain tuh aku tak ambik. Perut aku reserve utk makan kat rumah MIL dan juga mak aku. So aku kena sup ajer. *** konon2 nak makan sup ajer. Dia tengok yg lain lahap ajer makan rendang, dia pun makan juga kesudahannya.

Lagi satu, Masa korban tuh ustaz kat tempat aku ada menerangkan konsep hadiah dan beri untuk daging korban. Menurut ustaz kat tempat aku itu, org yg layak diberi adalah fakir2 dan anak yatim. Yang mampu macam aku tak sepatutnya diberi. Ianya seharusnya diakadkan sebagai hadiah atas usaha menguruskan sahaja. Dan jika ditakdirkan lembu itu lari semasa kerja korban hendak dijalankan, kita wajib kejar lembu itu sehingga dapat semula kerana korban itu sudah diamanahkan oleh org yg membuat korban. Lembu itu tidak boleh dilepaskan begitu sahaja dan mesti disudahkan juga. Tuh yg aku moskel pasal aku ada dengar cite lembu2 mati sebelum sempat dibuat korban kerena tercekik disebabkan diikat tali kelehernya......kalau macam tuh apa tanggung jawab org surau.

Pada malamnya pula aku tengok tv ajer. Cite pasal korban dan pengorbanan rakyat cina yg ditimpa musibah bila banjir Sg. Yangtze melanda selama 5 minggu............... aku terharu..... bila la aku akan berkorban, kalaupun bukan untuk negara, untuk kelarga aku sendiri.

Anda semua bagaimana............Apakah pengobanan yg telah anda lakukan?

PS: Wei aku ada masuk dalam surat khabar wei........Sedang melapah daging di Bangi Perdana...... cari jgn tak cari ..... hehehehehe.