Budak Macai

Its all about me, loves one and friends that dear to me

Monday, March 20, 2006

Rahsia Terungkai

Nih publish kali ke dua pulak nik. Asik sangkut ajer blog aku.

Apa la halnya dengan aku punya blog. Lepas Joe Komen langsung tak boleh masuk dah. Ini try republish balik semula nih.

Macamana la aku boleh terjerumus dengan kancah ini. Bukannya aku saje saje ajer nak berbuat demikian. Dulu, akulah orang yang paling tak suka dengan benda benda nih semua. Bukannya aku tak pernah kawan aku menyamar berjantina lain masa chatting dulu dulu, bukannya aku tak tahu kawan aku cheats isteri dia semenjak berchatting chatting ini dan bukannya aku tak pernah dengar radio kisah orang terputus kasih disebabkan chatting chatting ini.

So bila wife aku cite dia ada berborak dgn org org dlm satu tag ini, akulah orang yg paling risau. Jealous ........... suka hati korang la nak cakap apa. Kan itu tandanya sayang. Aku tak pulak periksa kat mana dia berborak dan aku sendiri pun tak tahu juga ada berapa banyak IRC2 nih. So aku pendamkan ajer. Dia sambung lagi yang kat dalam Tag tuh semuanya intelligent belaka, tak macam di IRC yang banyaknya tak betul perangainya.

Kalau kat dlm kete tuh tak jemu jemu dia bercerita pasal sorang makcik kat Okinawa, pasal perbualan antara 2 anak lelaki dengan bapa, pasal sorang makcik menjadi ketua keluarga, sorang makcik yang tinggal kat USA, kisah Melayu yang menjadi bangla kat USA, pasal sorang makcik nih yang selalu beri nasihat kat mamat Bangla USA nih and not to forget pasal kisah kisah dolly dgn bahasa fonennya. Aku blur dan aku tak tahu apa ke bendanya blog tuh. Aku dengar macam blok ......... ruang untuk disikan dgn benda benda yg ko nak isikan. Aku ........ lantak pi lah pasal aku pun ada banyak benda lain aku nak buat. Aku pun buat tak kisah ajerla ... dengar ajer apa wife aku cite.

Aku, kadang kadang berjalan pusing pusing KL selalu kena call datang ke tempat keje. Emergency ker, equipment trouble shooting ker, masalah dengan shift personnel ker dan macam macam lagi la...... Dan terkadang kadang tu la wife aku akan terikut sama aku ke office dan buka la macam macam blog tuh. Aku pasal sibuk tak adalah kisah sangat. Buat keje aku ajer.

PC aku memang selalu ON 24 jam dan ada sekali tuh wife aku buka la blog bangla USA nih. Aku pun bukannya ambik port pun. Seingat aku adalah komputer aku masuk blog tuh selama 24 jam untuk sepanjang minggu itu. Lama lama kelamaan aku pun terima la satu Pop Up Window dari bangla sorang nih. Masih buat tak port juga tapi aku cite kan la kat wife aku. Wife aku pulak siap cite macam mana nak mulakan bual dekat tag tuh. Dengan tunjuk ajar dia tuh, aku pun mula ambik bold step berchatting la sekejap kat dalam tuh. Pasalnya aku tak pandai gune menguna IRC ker tag's chat ker atau apa2 yg seangkatan dengannya aku pun main taip ajerla.

Sepanjang wife aku kat opis aku, dia gunakna nick BUDAK. Tak tahu kenapa dan aku pun tak nak ambil tahu pun. So bila dah main tulis ajer kat tag tuh, keluar la nama BUDAK yang melekat sampai kini. Gara gara tak tahu berchat la nama itu kekal sebagai BUDAK.

Asalnya borak borak biasa ajer ...... dan aku gunakan pun forum ini kadang kadang utk communicate dgn wife aku. Cuma aku gunakan bahasa yg org pasar biasa gunakan ajer. Tuh yang ramai tak terperasan. Masing masing ingat aku dan Wife aku nick ARC macam tak ada apa apa hubungan. Orang tak tanya aku tak jawab.

Nak dijadikan cite adalah satu kisah dgn ITIK PUTIH (IP) yg kena harras kat opis dia. Aku pun adalah berborak dalam tag tuh dan nasihatkan IP apa yang harus dia buat. Ada sorang makcik nih perasan aku boleh bagi tips kpd IP apa yang harus dibuatnya. Dan dijadikan cite, Makcik ini (AN) datang ke KL berurusan di ibu pejabatnya dan mengajak Arc untuk minum petang bersamanya. Makcik ini perasan aku selalu communicate dengan Arc dan bertanyakan kepada Arc sapa Budak nih sampai pandai bagi nasihat kat IP. Arc pun beritahu kat AN yg Budak nih suami dia ........ hahahahahaha ...... tapi minta AN jgn kecoh kecoh dulu. AN ok pun tak bocorkan rahsia kami.

Selepas dari pada itu, aku pun mulakan untuk berblog. Atas ransangan AN dan AM, aku pun mula la berblog. Bukannya pun aku ada cite hebat yang nak dihebahkan pun kat orang ramai. Cuma aku ada satu cite cite yg aku yakin aku nak buat satu masa nanti. Aku nak menulis. Menulis satu satu perkara yg merangsang minda supaya positif dalam kehidupan. Mulanya aku skeptikal juga. Tapi bila mengenangkan Anthony Robbin(Awaken the Giant Within, Unlimited Power) itu yang gagal sekolah menengah pun boleh menjadi penulis dan penceramah hebat serta Og Mandino (The Greatest Sales Man in The Worls) yang mula menulis di awal usia 50 an serta pernah gagal dalam hidup yang hampir hampir menyebabkan dia igin membunuh diri, aku jadi berani nak menulis. Mungkin aku tak sehebat Dr. Swarchzer (The Magic of Thinking Big) atau Dr. Dale Carnegie atau sehebat Dr. Fadzilah Kamsah mahupun Dr. HM Tuah. Tapi aku takkan padamkan niat aku ini.

Selain dari AN, ada juga seorang blogger nih yang Arc suka makan caramelnya. Nak dijadikan cite 2 kali kami pernah ke rumah Sempoi dan bila ber borak2 dia terperasan yang aku nih pun tahu cite cite kat dalam tag. Dia terus teka aku nih Budak. Macam aku cakap awal tadi, orang tak tanya aku tak jawab. Bila dia dah tanya aku mengaku ajerla aku ini Budak. So mereka nih ajerla yang tahu Budak dan Arc nih husband and wife.

Sampai kehari kita gathering Sabtu (18/03/06) lepas di Manhattan Fish Market Ikano, barulah org tahu kami ini husband and wife. Joe Bangla terkejut bila tahu cite ini. Angah macam terkulat kulat kebingungan, Azfa macam rasa aku dgn Arc husband and wife, tapi berubah fikiran sebelum ke MFM. Ramai yg tak sangka terkejut bila dapat tahu keadaan yg sebenarnya. Bilal ....... cis apa agaknya rahsia Aku (Bilal) yg Arc dah cite kan kat Budak (Aku)..... don't worry Bilal ..... ko blh percaya dgn Arc.

Sekarang semua misteri telah terungkai. Aku tetap mahu dikenali sebagai Budak. Sinonim dengan aku yang menjadi macai di tempat keje aku nih.

Anyway, We had a wonderfull evening that night. Thank you Joe for buy us the dinner. I am looking forward to have another session with all of you guys.

9 Comments:

At 11:08 AM, Blogger JoePerantau said...

hampeh!!!!!!! aku tertifooo!!!!!!!! sempoii pon tahu sebelum aku? cesssssss!!!!!

 
At 3:21 PM, Blogger AnakMalaya said...

aku tetap nak kata yang aku kagum dgn instinct azfa ni..

"aku rasa budak tu husband arc.. bla.. bla.. bla.. dekat ikon ym arc tu ada gambar anak2 dia.. tapi macam tak sesuai umur dgn anak-anak budak.. bla.. bla.. bla.. aku cubalah nak tanya2 umur anak-anak arc then anak-anak budak.. bla.. bla.. bla.."

itu le sikit sebanyak kata2 azfa kat aku dgn MM masa kitorang lunch hari tu.. yg penting, setelah dia teka nama penuh aku, and teka that arc wife kau, lepas ni, kalau azfa kata harga minyak nak naik, aku akan percaya bulat2!! hahahaha..

 
At 5:09 PM, Blogger tgazfa said...

yang pentingnya, aku pun tetap nak ketuk budak dengan arc nihh!!! adeh!

aku pon best giler dpt jumpa u ols!

 
At 5:20 PM, Blogger AuntyN said...

Whatever it is, terus kan menulis. Tak kisahlah arc tu isteri budak, dia yang bertanggungjawab meintrokan blogging to u. You should thank her.

La..ternasihat pulak dah. sorry ekkk...

 
At 5:44 PM, Anonymous Jijo said...

first time baca blog kau ni..
wahh. terkezut juga kejutan sabtu lepas ek..,aku pun blur pagi tadi..., apa apa pun tak kisah la.. janji dah boleh geng dgn kwn2 baru ni lagi luas pemandangan....
ps- akan menyusul kalau korang buat ghatering lagi

 
At 11:23 AM, Blogger budak said...

Joe

Ampun pak mohon ampun. Lain kali gue tak tipu lagi. Ampun pak

Angah

Memang Azfa ada sense yang ke 6 nih. Errr, boleh tanya pasal pasaran saham dak

Azfa

Kalau tak ada adengan kejut mengejut nih mana nak best. Baru happening kalau ada surprise

AN

Will keep on writing

Jijo

Selalu selalu la jengah kat sini

 
At 11:25 AM, Anonymous Anonymous said...

tapi moskel lah skrg.. org tuh yg terlebih2 lepaks kat tag skrg

***

 
At 1:36 PM, Blogger Puteri said...

masa delinn kasi tau, budak tu laki arc, aku ckp: uikkkksss...sib baik aku tak penah menggatal dengan dia kt tag...muahahahaha...!

peace...

 
At 6:10 PM, Blogger sempoii said...

Laaa Joe, ko tak tanya cemana aku nak jawap...muakakaka!

Tak sangka, aku ni leh simpan rahsia ropenya hehehe..

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home