Pegawai bank yg hampeh
Hari ini wife aku cukup bengang. Dari malam tadi sebenarnya.
Semalam masa aku tengok rumah aku yang disewakan kepada rakan aku, aku ambil lagi mana mana surat yang belum bertukar alamat. Sekali tuh ada satu surat yang dialamatkan kepada wife aku tapi ada stamp nama lawyer dan bercop peguam syariah. Berderau darah aku tengok cop tuh. Apa hal pulak wife aku pegi jumpa peguam syariah. Ada yang tak kena ker dengan kehidupan aku.
Hairan punya pasal aku buka, walaupun selama ini aku tak pernah buka surat surat dia. Yer lar mana la tau kalau kalau dia ada report apa apa ker pasal aku kat lawyer tuh kan. Yang aku tahu la aku nih baik ajer, tak adalah pulak buat hal. Tak kiralah kat dia ker anak anak ker atau keluarga ker.
Bila aku buka dan baca surat tuh rupanya surat pemberitahuan notis penghantaran surat saman sebagai defendan kedua keatas defendan yang pertama yang masih gagal membayar hutang Bank Rakyat. Lega aku pasal ini bukan hal ehwal rumahtangga kami. Bab ini ajerla. Yang tak leganya surat saman dah sampai dan akan disebutkan di Mahkamah majisteret.
Yang buat kami marahkan tuh pertamanya, Bank Rakyat tuh bukannya nak hantar notis amaran ker atau notis pemberitahuan ker atas atas segala cara untuk memberitahu kepada penjamin yang penghutang ini telah tidak menjelaskan hutang dia untuk sekian masa. Bukannya kami tak boleh cari penghutang nih. Kat depan mata aku ajer. Hampeh betul. Tahu tahu dapat surat saman pulak. Yang lawyer nih pun satu. Agaknya tak ada bisnis lagi la nih. Pandai pandai nak terus filekan kat mahkamah. Nih nak tanya lawyer lawyer, betul ker tindakan cara begini. Kalau aku, nak berhentikan orang pun ada prosedur yang tertentu yang perlu dipatuhi sebelum aku berhentikan seseorang itu. Tak adalah sembrona berhentikan ajer.
Yang nih dua dua hampeh. Bank Rakyat officernya hampeh dan peguam tuh pun paling hampeh. Ini pasal dia ini, penghutang tak ada biro angkasa (baru ajer masuk ke tempat aku itu pun aku rekomenkan).
Aku juga pernah kena sebegini rupa. Tak ada juga notis amaran tau tau gaji aku kena potong RM545 sebulan. Sebabnya tempat kita org nih sapa sapa yg pinjam duit kena membuat /mengisi borang Biro Angkasa. Penjamin pun kena gak. Mengamuk la aku kat Bank Rakyat officer nih (lain branch). Dia kata tak dapat hubungi peminjam. OK fine tak dapat cari peminjam, aku dia tak carik. Bodo punya alasan. Bengang punya pasal wife aku tepon wife dia. Wife kawan aku nih lawyer, so wife aku beritahu laaaa implikasi dia kat dia orang berdua nih. Wife kawan aku boleh cite pulak memang dia ada nampak surat bank rakyat tapi husband dia kata aku pulak yang meminjam tapi tak bayar bayar. Berdesing telinga wife aku. Lepas tuh tak tau la apa dia buat laki bini kat rumah tau tau malam malam kawan aku tepon aku marah marah kat aku pasal beritahu wife dia. Man ... by all means kalau aku rasa itu cara dia boleh bayar balik hutang bank rakyat serta ganti balik dia aku yang dah kena potong tuh aku akan buat. Kalau perlu jumpa bapa dia pun aku akan buat. Bukanya aku tak tahu rumah bapak dia. Nak pendekkan cite dia reschedule hutang dia balik dgn Bank Rakyat dan ganti balik duit aku. Lepas tuh kalau dia tak nak jadi kawan aku pun tak apa. Aku tak perlukan kawan sepertinya yang hidupnya menyusahkan orang ajer. Tu la kecik kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang ajer. Nah ko aku dah geram dah nih.
Aku rasa la kan memang macam ini la keje pegawai bank rakyat nih. Tak nak berusaha lebih sket untuk memberi notis kepada penjamin. Bukannya kami tak boleh cari peminjam (walaupun ada setengah kes tuh memang tak boleh cari). At least dia masih boleh mencari jalan supaya peminjam itu dapt membayar hutang dgn desakan penjamin tadi.
Kepada yang meminjam tuh ingat hutang dibawa sehingga mati, yang menjamin tuh hati hatila, kenal dulu keluarganya jika ada apa apa masalah boleh refer kepada keluarganya. Kepentingan kita harus dijaga.
Hari nih wife aku pegi ke Bank. Dia nak maki kat pegawai tuh aku support ajer nanti. Yang meminjam pun tadi sms kat aku dia MC. Harap harap dia tak sakit pasal wife aku tegur dia malam tadi. Harap harap dia pun pegi ke bank dan buat apa yang patut.
Yang pentingnya sekarang ini, macamana nak settlekan kat luar mahkamah sedang nombor saman sudah naik di mahkamah majistert BB Bangi.
6 Comments:
aku ada pengalaman yg lebih kurang serupa....jangan bagi sampai naik mahkamah...tidak payah ko nak buat loan ke apa nanti in the future...sebab sekarang ni kan dah centralized....CITOS, CITRIS....
Nak buat pengumuman voleyyy....
hahahaha nak take over blog jap.. nih just nak bagi info pada sesaper yg jadi penjamin..
Officer tu kata (bukan aku kata..) B. Rakyat berhak membuat tindakan kerana tdpt dlm syarat dlm surat perjanjian yg menyatakan bahawa "bank berhak membuat sebarang tindakan samada terima atau tidak notis " (bijak2 dorang nih..mesti minum susu)
So, kenkawan yg jd penjamin tuh...jenguk2 lah member tuh..
Note to my avang.. tak yah le marah officer tuh... depa makan gaji pun cukup2...(buat keje pun cukup2) muahahahaha
Anyway, dah settle dah sumernyer..cuma dpt keje part time (tanpa gaji) every month tlg BRakyat chase payment for them.
aku kalau bab2 lawyer mmg terus aku malas, tgk office peguam yang penuh file2 dan kertas2 tuh dah buat aku rasa terbeban...
apa2 pun, update la kes nih. nak jugak tau.
Kok
Itu la pasal nak kena kasi settle cepat
Arc
Dah la part time tak bergaji. kena dahulukan pulak hutang org kat bank. Tuh yg leceh tuh
Azfa
Aku nak kata peguam tak bagus pun tak tahu juga pasal ada juga kawan aku yg jadi peguam, jiran aku yg jadi Dean Law Faculty. I reckon its not a proffession, it just attitude of the person.
hanginnnnnnnn je aku baca! bini kau boleh kawan dgn aku (eh, arc eh? hahaha!).. angin dia macam angin aku gak.
dulu, masa aku mula beli rumah aku ni, lawayer buat taik gak. delay2 buat dokumen, sampai aku dah kena penalty dgn bank walhal aku dah settle apa2 yg patut awal2 lagi..
aku cakap dgn kerani dia yg china yg cakap melayu pun tak reti, cakap omputih pun macam china jual suratkhabar lama (eh, kalau ada china baca, jgn kecik hati lak.. aku refer specifically pada china tu je). lawyer memanjang je takde. lepas aku gertak, terus dpt cakap dgn lawyer..
ada hati lawyer tu tanya aku so nak buat camana.. aku kata kat dia "you are the lawyer. do whatever you have to do". diam dia. terus settle suma. terus aku tak yah bayar penalti tu sebab dia yg lembab, bukan aku.
yg penting, diorang kena tau that kita tak le bodoh mana pasal undang2 ni..
*terbakar aku cite pasal lawyer ni*
mmg lawyer nih tak boleh dipercayai...budak kalau ko pegi bank nanti bawak aku sekali...aku support ko...boleh nanti tolong maki sekali hahahhahaa...budak aku kenal ker org tuh....
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home