Budak Macai

Its all about me, loves one and friends that dear to me

Wednesday, March 08, 2006

Marah + Sedih + Insaf

Kelmarin aku ada tengok rancangan khas Program Realiti TV Bersamamu yang dijalankan secara langsung dari rumah TPM.

Aku selama ini memang menyampah tengok program tu. Aku menyampah kerana aku tengok masih ada lagi rakyat yang susah hidup merempat kat tanah air sendiri, tak kira lah Melayu ker Cina ker atau India. Aku bukan menyampah dengan keadaan mereka begitu atau aku tidak boleh menerima realiti yang ada orang hidup lebih susah dari aku.

Aku jadi emotional bila melihatkan kehidupan yang dhaif tapi tidak mendapat pembelaan dari Kerajaan. Kenapa perlu tunggu TV datang barulah Jabatan itu dan Jabatan ini baru nak tampil kehadapan. Mana pergi wang Baitulmal yang setiap hujung tahun masih berbaki puluhan juta ringgit. Mana peruntukan yang diberikan kepada jabatan yg bertanggung jawab yang sewajarnya menyalurkan kepada yang memerlukan.

Jika aku la, akan aku pastikan wang baitulmal itu berbaki kosong ringgit ajer dalam kantung setiap tahun. Akan aku buatkan program supaya aku tidak sahaja berikan ikan kepada mereka malah aku akan pastikan mereka juga boleh menangkap ikan (kan ini peribahasa cina). Aku juga marahkan kat wakil rakyat yang tidak menggunakan jenteranya untuk mencari rakyat yang dhaif, tetapi menggunakan jenteranya untuk mengaut keuntungan peribadi (aku tak tahula betul ke tak tapi my gut feel rasa macam itu). Bila nak mengundi barulah sibuk cari rakyat miskin bagi habuan sekali masa jumpa itu sahaja. Tak ada program yg mencapai ke warga sasar yg perlu. Bukan aku nak nafikan keupayaan jabatan yang sememangnya ada membuat program yang baik utk rakyat cuma aku rasakan masih banyak lagi ruang yang boleh dibangunkan. Masih ada lagi red tape yang perlu penilaian semula.

Aku juga marah dengan diri aku sendiri yang hanya pandai marahkan kat mereka tapi aku tak berbuat apa pun sekarang. Bukannya aku tak nak berbuat apa tetapi aku masih bertanyakan kemana Duit Baitulmal dan Jabatan yang bertanggung jawab selama ini. Aku taknak bila aku berikan duit, mereka perap duit dalam tabung dan simpan sampai kiamat. Aku nak mereka gunakan duit mereka dulu barulah aku bersedia untuk memberi sumbangan aku.

Woooo...... tunggu dulu. Jangan nak katakan aku cuma pentingkan diri aku sendiri. Aku masih ingat masa aku belajar dulu. Masa belajar bukannya pun aku ada banyak duit tapi alhamdulillah dengan elaun yg aku dapat tambahan duduk di Liverpool yg tak memerlukan perbelanjaan yg banyak aku sempat beberapa kali belanja homeless yg baring di student union untuk beli sandwich dan susu. Aku tak berikan duit takut dia beli beer. Mungkin org pelik budak melayu islam seperti aku masih nak bagi orang kristian nak mampus makan..... Man..... I still human, masih punya belas kasihan.

Aku juga pernah dimarahi Pegawai dari Kementerian Dalam Negeri Kyrgyzstan kerana memberikan duit 200 Sum (matawang Kyrgyzstan) kepada satu keluarga bersama anak anaknya di Kota Bishkek yang mengemis duit untuk membeli roti atau buan melon (Melon dia orang memang besar besar dan sedap). Aku dapat lihat kegembiraan mereka, aku dapat lihat mereka mendoakan aku..... 200 sum tuh lebih kurang RM 13 ajer. Mula mula aku rasa biasa ajer 200sum tuh, tapi bila aku membayar gaji ass.t plant director cuma 600 Sum tuh yang membuatkan Pegawai Kementerian tuh terkejut. Bagi aku apa yang mampu aku buat aku buat la. Infakkan sedikit kepada yg lebih memerlukan.

Paling aku tak boleh lupakan, bila aku ke Kampuchea 5~6 tahun yang lalu. Aku yang pada ketika itu mempunyai 2 org anak yang sulung 4~5 tahun dan kecil baru beberapa bulan jadi sayu. Bas rombongan kami bersama perwakilan Belia Negeri Selangor dan pegawai Jabatan Belia Kampuchea dikerumuni anak anak kecil. Siabang mendukung seadik berlari lari sepanjang bas ditepi pintu mengharapkan belas kasihan kami. Memandangkan Bas ber aircond dan tingkap tak boleh dibuka, aku tak dapat nak berikan apa apa masa itu. Sayu hati aku bila siadik yg didukung sambil memgarahkan tangan ke mulut menyebut NYAM NYAM (dalam bahasa kita makanlah). Teringat aku pada anak aku yang kecil, teringat aku kepada anak aku yang sulung jika dalam keadaan demikian adakah insan yang sanggup memberi sedikit sedekah untuk mereka makan.

Kami ke water front di Phnom Phen (betul ker aku eja) untuk melihat kawasan pelancong, ada seorang budak meminta duit dari rakan wartawan yg mengikuti rombongan kami. Oleh kerana ditegah memberikan duit kepada pengemis, wartawan tersebut membelikan jajan yang harganya USD1. Bukan main suka budak itu dan berlari entah kemana membawa jajan tersebut. Alangkah sedihnya hati wartawan itu bila dia mengekori budak itu, jajan yang dibelinya itu dikongsi bersama ahli keluarganya dari datuk hinggalah kecucunya.

Kami berpakat di hotel untuk kutip duit sedikit dari rakan rakan rombongan dan meminta Sdr. Nazri Warga Champa (Boleh berbahasa Melayu ala2 Kelantan atau Siam), Pemandu Pelancong kami, untuk menyampaikan sumbangan kami kepada keluarga tadi dan juga kepada org org yang difikirkan sewajarnya dapat.

Bagi kes kes tadi aku faham memang kerajaan dia orang miskin. Tidak lah secukup kerajaan kita yang boleh dikira mewah dalam berbelanja. Tapi sayang belanja yang tidak bertempat dan masih ada rakyat yang merempat.

Kelmarin, aku lihat ramai yang memberikan sumbangan dan hasil kutipan sudah mencecah RM 1,000,000.00 dan duit itu telah disalurkan kepada mereka yang telah disiarkan kisahnya. Cuma sayang aku masih mendengar Baitulmal masih belum mengeluarkan duit mereka untuk perkara yang sewajarnya mereka lakukan dari dulu lagi.

Hari ini aku tahu, memang mereka perlekehkan yang susah dan aku tak perlu menunggu untuk membantu.

Bersamamu..... akan ku sumbangkan sekadar yang ku mampu.

3 Comments:

At 7:44 PM, Blogger AnakMalaya said...

aku sedih le baca entry kau ni.. teringat aku budak2 kat india tu.. syukur alhamdulillah dengan apa yang aku ada..

aku give up gak dgn gomen ni.. tapi, siapalah aku nak berkata-kata..

 
At 8:39 AM, Blogger tgazfa said...

sedihlah esp. bila part anak2 tak cukup makan ... macam ko, aku terbayang anak sendiri ..

aku tak suka program bersama mu tuh.

kerajaan kot yg suruh TV buat program tu, sbb dorang tahu rakyat mesia pemurah, so boleh la dorang lepas tangan ... hehehe ...

 
At 9:05 AM, Blogger pawaka1 said...

cuba ko tengok penyata akaun PZS...tengok berapa dia orang dapat from zakat and berapa dia orang spend for that particular year...also what do they spent on.....rasanya ada jugak duit zakat yang belum diallocatekan lagi....bagi aku nak cari orang susah kat malaysia tak lah susah sangaT/....tapi kena ada usaha la...

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home