Ku harapkan dapat murah tapi tak dapat juga
Pada hari jumaat malam, aku balik dari mengambil wife aku pulang keje. Dalam perjalanan pulang berhampiran simpang tuga San Francisco Pizza di Seksyen 8 di BBB aku ternampak kesan kesan asap jerebu di lampu jalan.
Fuh, dah jerebu semula ke tempat kita nih. Tadi hujan takkan terus berjerebu. kalau macam nih teruk jerebu dia nih. Aku membelokkan kete ke kiri melalui jalan Kompleks PKNS. Sebelum itu wife aku berpesan nak keluarkan duit kat Seksyen 8 tuh. Bila saja membelok dan beberapa saat dari simpang itu wife aku kata nampak macam ada api kat dalam kedai. Sebab kedai itu berkaca keseluruhannya di tingkat atas kedai itu jadi nampak la api kecil kat tengah tengah kedai tuh.
Sementara kedai makan dibawahnya pula bergelap mungkin kerana wayar elektrik short dan memutuskan bekalan ke kedainya. Mulanya aku tak berbuat apa sehinggala aku parkir kete utk wife aku keluarkan duit.
Sementara menunggu wife aku, aku pun tekefon 994.
Aku: Hello Bomba
Bomba: Yer ......... nada org malas dah.
Aku: Saya Razi nak buat panggilan kecemasan
Bomba: Kecemasan apa ........... masih nada org tak bermaya
Aku: Ada kebakaran di Seksyen 8 Bdr Baru Bangi.
Bomba: Sekejap ......... aku agak la baru nak pegang pensil ker pen ker
Bomba: Kebakaran apa?
Aku: Kebakaran Kedai Karpet Sumera, berdekatan dengan Restoran Gulai Kawah. (AN, dekat dengan secret recipe yg budak belanja makan dulu)
Bomba: Kat mana tu?
Aku: Kat Seksyen 8 Bandar Baru Bangi.
Bomba: Jalan? .......... masih nada orang malas
Aku: Tak tahu, tapi kat Seksyen 8 ni kedai sederet ajer dan boleh nampak kebakaran dari jalan besar ajer.
Bomba: Nama awak ............. laaaa kan tadi aku dah beritahu..... hampeh betul
Aku: *** Razi
Bomba: No telefon? .......... aaaiiiiiiii kata dah pasang pengesan nombor telefon utk tangani masalah org buat panggilan palsu.
Aku: 019 325 6161
Bomba: Okay
Aku:................................... Okay apa aku tunggu ayat dari dia lagi last last dia letak tepon.
Tak lama wife aku kuar.
Wife: Buat apa
Aku: Telefon bomba ............. (dah kuar dari keta dah)
Aku: dah ada dekat 5 minit Bomba tak sampai lagi. Padahal balai bomba tu selorong/sejalan ajer dan about 1km ajer.
Wife: Takkan tak ada org tepon lagi
Aku: Agaknya abang yg pertama telefon kot pasal org bomba tuh macam tak tahu ajer. (lagipun api masa tuh masih kecik ajer dan boleh nampak dari Jalan Besar ajer)
Aku: Tak apalah, nanti bomba call balik la ..........(sebelum ini kawan aku dan aku ada buat panggilan ke bomba dan biasa dia orang call balik utk kompemkan itu kebakaran betul atau orang bakar sampah ajer).
Keesokkan paginya wife aku nak ke Warta untuk memulangkan buku yang di pinjamnya dari kedai buku. Selesai urusan di kedai buku:
Wife: Jom balik ikut depan kedai karpet?
Aku: Kenapa?
Wife: Untung untung boleh tengok karpet sale pasal dah rosak kena air bomba.
Aku: Aikkkk kata tak suka rumah berkarpet. Benda tak perlu nak beli gak ........ kang apa kata bergen pulak?
Wife: Karpet dia mahal mahal tau. Sekarang boleh jadi murah. Good value for money
Aku: Tergelak ......... (pasalnya aku dan wife aku nih tak suka karpet pasal kumpul habuk. In this case dia nak pulak pasal karpet mahal boleh jadi murah......... pee dah sama macam Becky Blomwood ......... always have reasons to spend).
Aku: OK la
So aku pun drive la ikut depan kedai tuh. Tak adalah teruk keseluruhannya, tapi kedua dua lot atas kedai dia dah terbakar. Tengokkan begitu aku rasa Bomba lambat gak sampai. Tapi tak ada pulak karpet terjemur kat situ.
Petangnya lalu sekali lagi sekembalinya kami dari KL selepas menghantar anak anak dan pembantu rumah kami ke rumah MIL. Hampa pun tak hampa gak, aku laaa. hehehehe, bila melihatkan tokei kedai itu memindahkan karpet karpet mereka ke dalam lori. Tah kemana nak dibawanya......Tak adalah sale rupanya.
Jadi kesimpulan dari cite kat atas tuh:
1. Simpan nombor balai bomba berhampiran kerana nombor 994 tuh nombor pusat dan ambil masa untuk sampai ke balai bomba yg sepatutnya. Jadi kita boleh potong masa urusan prosedur bomba.
2. Jangan harapla ada sale pasalnya tokei kedai lagi pandai dari korang semua. Dia keluarkan karpet dari kedai dia, dry clean lebih kurang dan bawa ke outlet lain. Jual harga mahal gak... hahahahaha.
My dear wife ........ jangan marah
6 Comments:
entah dorang sengaja bakar, leh dapat pampasan insurans ... banyak orang bijak when it comes to money.
..
*** pinjam buku kat kedai buku? boleh ye? harus aku buat nih.
camtu la...ari tu bomba datang nak halau lebah yang bersarang kat tiang jalan....dia siap suruh orang yang telefon tu sediakan petrol ..habuan nak bakar lebah tu...bukankah dia yang sediakan semua ....
kahkahkah.. lawak.. lawak.. macammana le aku tak sayang pada mesia ni!!! kahkahkah!!
budak, jgn beli karpet tu.. collect abuk je.. aku memang tak pandang langsung karpet ni, kalau jual murah sekalipun. nak kasi bersih karpet tu nanti, hampir patah pinggang. baik tak yah.
Asm
Rumah aku bercarpet.Letih nak vacum dan kutip rambut jek..Dulu pernah tepon polis report pasal budak kena belasah, taklah suara orang ngantuk gitu.. oklah bunyi efficient dan bersemangat...
Azfa
Pinjam buku tuh kena bayar gak.... tapi lagi murah la dari beli buku cerita tuh
Kok
Ini gerenti case kenaikan gaji ciput. Tuh yg lomah yo badan nak kojo
Angah
Aku memang tak berkenan karpet kat rumah aku sebab perangkap abuk ajer. Nak basuh sendiri bengkok semua tulang nanti
Arena
Dulu budak pernah gak komplen budak2 main mercun tengah2 malam. Pegi Balai terus buat repot dan balik sampai rumah tengok polis peronda dah duduk kat depan rumah halau budak2 tadi balik... Effisien jugak tuh
Budak,
Kelmarin lalu kat situ baru ternampak kedai kesan terbakar tu. Bila baca entry ni, laaa baru tau baru aje kejadiannya.
:)
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home