Boikot......Satu Kejayaan Istimewa
Minggu minggu yang lepas merupakan satu minggu yang melemaskan dan memenatkan. Tak sempat aku nak berbuat apa dengan blog aku dan aku sendiri pun tak berkesempatan nak blog hopping ke tempat blog blog yang lain. Nak ber tag ke Joe Perantau pun tak berkesempatan. Ada la juga aku lepak sekejap kat blog Joe tu tapi kadang kadang bila dah masuk tuh tak sempat pulak nak keluar cara bersopan.......cara cara say bye bye gitu. Takut aku makcik makcik kat situ ingat aku kurang ajar. Takat kat yang lain tuh masih tak apa lagi pasal dia orang pun baya baya aku juga.
Nak cerita pasal kesibukan aku memang la tak pernah habis. Jangankan kesibukan aku, orang lain pun ada dia orang punya sibuk gak. Sendiri hidup sendiri atur la kesibukan itu dan sendiri ingat la........... Padan muka aku.
Minggu lepas masa solat Jumaat tuh konon konon aku nak lelapkan la mata aku yang memang dah stim kuyu ajer. Memang tangkap penat la tu. Tapi ari tuh pulak Khatib cakap berdegar degar. Cakap seperti orang politik cakap. Intonasi cakap macam Anwar Ibrahim, berang cakap macam Karpal Singh, tegas cakap macam Mahathir.............. fuyyyooo apa la kisahnya sampai dia cakap sampai degar degar begitu, marah marah dan berapi berapi begitu. Terkensel niat aku nak tido dan yang menariknya ada satu perkara yang sama mungkin boleh dikongsikan bersama.
Satu kisah perjuangan yang akhirnya kemenangan di satu pihak, satu kemenangan bagi penduduk Bangi Perdana khususnya. Di kawasan Bandar Baru Bangi ini, sekarang 7-Eleven tumbuh bagai cendawan dan setiap seksyen mempunyai satu 7-Eleven. Sapa la yang tak tau apa bisnes 7 Eleven. Seantero dunia tahu apa bisness 7 Eleven. Kami sendiri mengaku 7 Eleven memberi kepentingan kepada kami. Kami masih lagi memerlukan 7 Eleven. Cuma apa yang kami mahukan ARAK yang terdapat dalam kedai itu dikeluarkan dari Bangi Perdana. Kami tak perlukannya dan kami tak mahu benda benda itu berada dalam tanah kejiranan kami. Sedih bila dapat tahu anak anak yang bersekolah menengah di Jalan 3 beli Carlsberg dan Tiger Beer dan tanpa segan bayar di kaunter yang menjaganya orang kita Melayu beragama Islam. Sedih bila dapat tahu ada seorang dua bapak budak yang turut sama beli beer. Kami tak mahu benda benda begitu merosakkan masa depan anak anak kami. Kami mahu nyah arak arak itu dari Bangi Perdana.
Kami berpakat untuk BOIKOT 7-Eleven. Satu perjuangan yang kami sendiri tak tahu bila akan sampai ke penghujungnya. Satu perjuangan yang memerlukan kesabaran, satu perjuangan yang juga di pandang remeh oleh jiran jiran sendiri, satu perjuangan yang membentuk peribadi kami. Bukan mudah untuk menundukkan 7 Eleven apatah lagi ia satu konglemerat besar di Amerika, ia kepunyaan orang besar dalam dunia perniagaan Malaysia, Ia kepunyaan egois dan opurtunis Vincent Tan. Perjuangan kami bukan singkat. Lama kami bersabar, lama kami diperlekehkan oleh jiran jiran kami yang skeptikal dengan matlamat kami. Tapi kami yakin. Untuk berubah kita perlukan tindakan. Allah sendiri tak akan mengubah nasib jika orang tak ubah nasib mereka sendiri. Mengubah nasib sendiri itukan Tindakan. Jadi kami bertindak dan yakin Allah akan menunjukkan kami jalan kejayaan.
Betul niat kami, betul tindakan kami kerana dengan izin Allah, kami telah berjaya mengeluarkan Arak dari 7 Eleven Bangi Perdana. Jika kami tak buat tindakan mana mungkin bisa kami keluarkan arak dari 7 Eleven. Ini semua kerana bisnes tetap bisnes. Keuntungan tetap perlu dijana kalau tidak tidak guna berniaga. Dengan boikot yang kami jalankan, kami telah memastikan 7 Eleven tempat kami kerugian RM 9K setiap bulan. Satu kerugian yang kecil bagi setengah pihak tetapi jika kita buat cara berterusan in boleh menjadi satu kerugian yang besar. Apatah lagi 7 Eleven hanya syarikat peruncitan yang ramai sedia maklum keuntungannya bukan la besar mana.
Dengan boikot yang berterusan selama setahun dan jumlah kerugian yang ditanggung hampir kepada RM100K, akhirnya pengurusan 7 Eleven bersetuju menarik arak keluar dari Bangi Perdana. Alhamdulillah kami berjaya setelah tindakan dibuat. Bagi yang skeptikal dengan kami sebelum ini mula percaya dengan konsep tindakan/bertindak. Mereka tidak lagi boleh memperlekehkan usaha kami. Allah telah membuktikan akan menolong orang orang yang membuat tindakan kearah kebaikan.
Apa relevannya Boikot 7 Eleven dengan Khutbah Jumaat tadi. Yang khatib cakap berapi api, berdegar degar umpama ahli politik menyampaikan halatuju perjuangan mereka. Relevannya adalah kerana isu Orang Denmark dan Norway yang memperlekehkan Nabi Muhammad dan kesombongan Denmark yang yang menyorok di balik Kebebasan bersuara.
Satu satu negara boleh tumbang akibat kesan ekonominya. Aku percaya jika tindakan yang sama dilakukan seperti mana kami lakukan ke atas 7 Eleven, bangsa Denmark akan keluar meminta maaf atas keceluparan mereka. Bangsa Denmark dan Norway akan pinggirkan orang orang yang menyorok di balik kebebasan bersuara. Bangsa Denmark boleh datang ke kita dan meminta maaf sejujurnya.
Oleh itu aku menyeru, sesiapa yang membaca entry ini, panjangkan la boikot ini kepada rakan rakan lain, kita ajar mereka yang sombong dan angkuh, kita tunjukkan ekonomi mereka rapuh tanpa sambutan masyarakat Islam. Jom Kita BOIKOT:
1. Permainan LEGO
2. Mentega LURPAK
3. Valve dan Fitting DANFOSS
4. Pump GRUNDFOS (yang ini memang aku banyak pakai, lepas nih aku tukar brand lain)
5. Dairy Product HARMONIE
6. Cermin mata LINDBERG
7. Barangan Makanan ARLA
8. Barangan Kasut ECCO
9. Barangan Mainan Construction JOVO
10. Barangan Cheese dan Biskut TINE dan JARISBERG
11. Barangan utk wanita MUSS dan HAZZ
dan segala macam lagi yang datang dari daerah sana.
Kita tunjukkan solidarity kita dan biar mereka takut dan gentar dengan kita.
Untuk semua.......Selamat Berjuang
4 Comments:
tahniah bangi perdana. para2 petindak khususnya.
tak pernah dengar barang2 brand dalam list ko. ataupon selama ini aku ambik endah tak endah? lepas nih nak kena make sure.
jgn gentar berjuang. biar mereka gentar.
tahniah.. lorr.. satu kampung rupanya.. balik nih saya nak pi tgk keadaan 7-11 tuh..
aku pakai kasut bata jer....tu pun org cina yang punya tak pa janji org malaysia...kalau aku pakai levi's pun levi's siam punya hahha jimat aku hehehehe
Azfa
Today money is power
Zeed
TQ sudi masuk blog budak. Nanti balik kampung BP kita ganyang org yg nak jual arak kat tempat kita
Gx
Kita serupa hihihihi
Post a Comment
Links to this post:
Create a Link
<< Home