Susah juga tak ada maid
Malam tadi aku betul2 flat. Lepas balik dari pasar raya aku singgah beli nasi kukus ayam berempah. Tak larat aku nak masak. *** kena keje lewat dan hanya selesai keje jam 10pm lebih kurang. Kena jemput dia lagi pasal dah malam. Takut terjadi apa2 kat dia. Orang sayang isteri la katakan.
Balik2 aku suruh adik ipar aku makan sama anak2 aku dulu sementara aku punggah barang dari keta dan masuk serta susunkan barang apa yg patut. Selalunya maid aku yg buat semua tuh. Selesai yg tuh baru la aku makan sama anak anak aku. Bersepah meja......lantak la korang makan. Nanti ayah bersihkan.
Sudah makan, adik ipar aku basuh pinggan lebih kurang.......Dia datang tolong jaga anak aku pun dah kira OK dah. Apa lagi yg nak diharapkan. Aku kemaskan meja dan sambung basuh pinggan mana yg dia tinggalkan. Siap yang tuh, aku basuh ayam pulak. Buang lemak mana yang patut. 4 ekor aku beli konon2 standby kalau2 ada member datang nak beraya, adalah lauk yg boleh dihidangkan. Konon2 aku nak buat nasi minyak dengan ayam masak merah. Kalau skill tak hilang sedap lagi la. Kalau skill hilang yg datang beraya tu sabau ajerla.
Tengok jam tup tup dah pukul 9.00pm. Pukul 9.30 dah nak kena jemput *** aku. Tapi pasal ada masa sket aku basuh pulak dapur. Berminyak minyak dapur masak. Sedang aku basuh tetiba ada org bagi salam. Aku dah gelabah pasalnya satu; aku belum mandi, kedua; *** aku tak balik keje lagi kalau yg datang jiran nak beraya masak aku, ketiganya kan ke aku baru ajer basuh ayam, mana sempat nak masak bagi tetamu makan. Setakat bagi biskut dan kacang raya tu boleh la..................sekali pintu terbuka sekali adik ipar aku dengan MIL datang nak tengok anak dia yg sorang jaga cucu2 dia. Aku cakap OK ajer.
Sebelum tuh *** aku tepon kata lepas ambik dia kena terus pegi rumah kawan dia. Bukan la open house tapi dah org tu siapkan makan lebih. Kami 2 keluarga nih selalu gilir2 makan kat rumah kami. Aku cakap rugi la aku dah bedal kakak dengan adik punya nasi. Bandaraya la katakan. Tuh yg badan aku tak boleh kecik kecik tuh.
Aku suruh anak2 aku bersiap utk ambil ibu depa dan terus pegi rumah kawan ibu dia. Sementara anak2 aku bersiap, aku mandi. Lepas tu kami kelaur ambik *** dan terus ke Tmn Uni Bangi. Konon2 tak nak makan la pasal dah kenyang. Tapi bila dah terbaukan Tom Yam, terus luntur ingatan dan sepinggan jugakla habis aku makan.
Jam 12mlm aku ajak semua balik pasal aku dah mengantuk sangat. Sampai kat rumah, aku tukar baju dan terus pengsan. Tak tau la apa anak2 akudan *** buat lepas tuh. Tau2 alarm tepon kejutkan subuh.
Penatnya kalau tak ada maid......................