Budak Macai

Its all about me, loves one and friends that dear to me

Thursday, October 27, 2005

Projek Raya

Alahai raya dah nak dekat dah. Anak anak aku pun dah bising dah bila aku nak mulakan projek aku. Kelmarin aku cakap tunggu lepas dapat duit gaji baru aku sambung projek aku.

Duit gaji dah dapat, tolak credit card, duit kete, yuran pelbagai, gaji maid aku standby duit raya adalah seciput utk buat belanja dapur utk raya nanti. MIL kena belikan 3~4 ekor ayam utk masak singgang, daging barang 4~5 kilo....tenderloin lagi pasal tak nak depa masak lama sgt. Mak aku pulak dagingnya pulak kena lebih. 2 tahun lepas nak 7kilo, tahun lepas nak 8 kilo. Nih semua gara2 daging masak mamak yg selalunya femes pada hari perayaan kat rumah aku. Adik mak aku siap sound lagi nanti balik kampung kasi bungkus banyak sikit. Memang mak aku selalu bungkus pun. Tak apala, adala rezeki aku nanti.

Tapi apa akan jadi dengan projek aku nih nanti? Dah tiga bula anak aku menuntut nih. 2 minggu lepas pegi pasar ramadhan adala pulak mamat nih jual benda tu. Dah anak aku merenget nakkan jugak dan dan tu. Aku cakap tak siap lagi macam mana nak suaikan. Yang mamat nih pun satu la. Pasar ramadhan biarla jual benda yg bersesuaian dengan maksud pasar tuh sendiri. Potong stim nak tengok makan ajer.

Tak boleh jadi nih, anak aku kata pun aku dah menipu. Nanti sampai bila2 pun dia kata aku penipu. Tak boleh jadi. Petang nih jugak akan aku siapkan projek aku itu. Tengahari ini jugak akan aku cari water pump, akan aku siapkan kolam ikan aku juga. Besok petang akan aku belikan anak aku ikan dan masukkan kedalam kolam ditaman yg sekankang ker itu jugak. Sekurang kurangnya kolam itu boleh la menyerikan rumah aku sket masa perayaan nanti.

Kakak, tunggggggggggggguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Tuesday, October 25, 2005

Kisah Cinta Aku

Entry yg lepas aku menceritakan bagaimana aku boleh terkahwin awal. Ada kisah suka dan duka disebalik kisah itu. Walaubagaimana pun redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza Wajalla.

Seperti yang pernah aku tulis di Entry Aunty N (Kak Long Is At Home) aku sebenarnya lebih suka berterus terang dengan parent aku. Aku tahu mak dan abah tegas tapi kalau kita berterus terang hati mereka akan cair.

Seperti yang aku komenkan dalam blog AuntyN, aku kira memang aku lelaki gentleman (betul ke Ibu)........Aku mengorat *** ketika dalam Bas Ekspress dari Ipoh Ke Kuala Lumpur. Memang la tabiat aku suka cakap kuat2 maka terperasan la *** akan aku walaupun aku tahu dia menyampah tengok perangai aku dalam bas itu.

Nak dijadikan cerita kami selalu buat diskusi belajar di kantin asrama, dia dan kawan2nya dgn group accountancy dan aku dengan budak2 engineering. Aku selalu pilih tempat supaya aku dapat tengok dia dihadapan aku.......hehehehe macam cite hindustan nak usha awek......malu la konon nak tengok sorok.

Satu hari aku dicabar oleh kawan2 aku utk bersemuka dgn dia. Memang aku lelaki gentleman aku sahut cabaran mereka. Tambahan pula kawan kelas *** tu sparring partner aku dlm Silat Seni Gayung Malaysia dia pun sama bagi semangat nak tekel ***. Aku cakap why not, she is gorgeous,.....she is still eventhough she has put some weight......hehehehe peace ibu. Selepas itu kami jadi couple............

Seperti dalam komen kat blog Aunty N, satu hari aku tepon *** dan mak aku perasan aku gunakan tepon.......masa tu tepon mak aku kontrol wooo pasalnya adik aku sket2 gayut. Habis cakap mak aku tanya cakap dgn siapa. Terus aku cakap dgn mak aku aku ingat nak buat *** makwe aku. Biasa la org tua dia mesti cakap jgn, abiskan belajar dulu. Nanti belajar tah kemana, makwe pun tah kemana.......ada lagi mak aku cakap nnt dah keje jumpa lagi ramai org kang tak pasal2 ada org merana. aku cool ajer.......

Selepas dua bulan, aku balik cuti lagi dan balik bersama2 dgn *** dan rakan rakannya sekali......sampai kat pudu raya abah aku dah tunggu aku kat platform.........pasal malu la konon kami berpecah dan aku terus ke abah aku.

Abah: Balik dgn sape ajer
Aku: Balik dengan *** (masa tu aku dah story sket la kat parent aku)
Abah: Mana dia?
Aku: (Tersipu)......dia dah balik ikut jalan dia la
Abah: Knp tak kenalkan kat Abah
Aku: (ini can baik nih) takpe nanti ***(aku) bawa dia datang rumah.

Tak berapa lama kemudian aku pun bawak dia datang kerumah....Nak cover malu kami pakat jln ramai ramai ke rumah aku, rumah dia dan rumah kawan Cheras dan siap jalan KL beramai ramai lagi.

Itu la mak dan abah aku......Mak aku memang la garang tapi pasal dia tahu aku suka berterus terang, dia macam bagi bless kat aku. Aku bersyukur dapat mak dan abah macam itu, walaupun tegas tapi masih ada ruang tolenrasi untuk aku. Tambahan pula aku maintain aku punya study jadi mak aku pun tak cakap banyak.

Sedikit sebanyak *** pun ada bagi aku semangat utk belajar........almaklum la belajar sama2.

Kat bawah nih ada lirik R.E.O Speedwagon......kononnya nak jadikan lagu nih senyap senyap lagu aku kat dia, tapi dia dah terpecah tembelang pulak........tak apa.........AM (Jim Brikman: I am a man who will fight for your honor, I'll be the hero.........) budak pun ada lagu la....kekekeke

REO Speedwagon

I can't fight this feeling anymore
And yet I'm still afraid to let it show
What started as friendship, has grown stronger
I only wish I had the strength to let it show

I telll myself that I can't hold out forever
I said there is no reason for my fear
Cause I fell so secure when we're together
You give my life direction
You make everything so clear

Chorus

And even as I wander
I'm keeping you insight
You're a candle in the window
On a cold, dark winter's night
And I'm getting closer than I ever thought I might

And I can't fight this feeling anymore
I've forgotten what I started fighting for
It's time to bring the ship to the shore
And throw away the oars, forever.

And I can't fight this feeling anymore
I've forgotten what I've started fighting for
And if I have to crawl upon the floor
Come crushing through the door
baby, I can't fight this feeling anymore

My life has been such a whirlwind since I saw you
I've been running round in circles in my mind
And it always seems that I'm following you, girl
Cause you take me to the places that alone I'd never find

Repeat Chorus

Words and Music by Kevin Cronin