Kisah sebalik perkahwinan Aku
Satu masa pada sekitar Februari 1995
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Abah: ***(nama pendek aku), nanti cuti balik tak?
Aku: Tak tau lagi, kenapa?
Abah: Adik Ani dah bertunang dan nak buat majlis kahwin bulan lapan nanti.
Aku: Ye ker, cam tu ***(aku) balik la?
Abah: Abah ingat nak buat double wed. Senang tak payah ulang lagi bila ko habis belajar nanti. (aku dah bertunang sebelum fly ke Liverpool).
Aku: Kawin tahun nih? Dulu kan dah janji kawin lepas 6bulan balik Msia.
Abah: Abah tahu tapi tak nak penat penat buat kerja kawin 2 kali dlm 2 tahun.
Aku: Mana *** ada duit nak buat belanja?
Abah: Tak apa, Abah dulukan duit abah dulu (jadi aku pun pinjam la RM 9K)[tapi bukan la hantaran mahal cuma aku dah janji dulu sebahagian duit tuh memang aku nak sponsor pada majlis aku, cuma belajar lagi jadi aku pinjam dulu abah aku]
Aku: Kalau macam itu ***(aku) kena bagitau ***(tunang aku) pasal nih. Nanti ***(aku tepon balik.
Abah: OK
Dan dan tu jugak aku tepon tunang aku.
Aku: ***(tunang aku), abah mintak kawin buat sama2 dgn Adik Ani bulan lapan nanti.
***(tunang aku): Iiiiiyaaaaa (dgn nada suka...hehehehehe)
Aku: Macam mana?
***(tunang aku): Nanti tanya mak....(Dia menjerit kat maknya dan aku boleh dengar maknya cakap lagi cepat lagi bagus)......Mak kata ok
Aku: Ok ****(nama aku) bagi tau kat abah.
Lepas tu aku terus talipon abah
------------------------------------------------------------------------------------------------
Majlis perkahwinan pun dijalankan. Segalanya berjalan dengan lancar, 1st honeymoon pun ke Pulau Tioman.
Aku balik semula ke Liverpool dan wife aku menyusul kemudian. Aku menghabiskan pengajian aku dan sempat lagi 2nd honeymoon ke Paris.
Habis pengajian aku (tahun 1996) pulang semula dan alhamdulillah aku cepat dapat kerja di kilang di Bdr Baru Bangi. Aku mula bekerja pada bulan lapan juga kira2 tuh hadiah ulangtahun kawin kami la tuh.
Pada 20/12/96, aku menerima panggilan dari mak aku, abah aku sakit. Aku pulang kerumah aku tengok makcik aku tengah pijak bapak aku.
Aku: Kenapa mak?
Mak: Abah tadi nak pengsan masa rewang rumah Cik Noriah.
Abah: Nanti abis bibik(makcik aku-jawa panggil bibik la macam ko org panggil maid ko org) pijak ok la nanti.
Bibik Aku: Abang pegi la ke klinik.
Abah: Tak nak la
Tiba tiba abah mengerang...sakit dan menekan dadanya.
Mak: ***(nama pendek aku) Jom pegi kajang.
Aku: Jom la...(terus aku papah abah aku masuk dalam keta dan aku pandu laju ke Hospital Kajang. Semua lampu merah aku langgar. Lampu merah kat depat balai polis Kajang pun aku langgar gak)
Sesampai ke di hospital aku terus dokong abah aku masuk kedalam Kecemasan. Petang itu di ICU abah meninggal disisi mak dan aku.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
4 bulan berlalu, mak aku selalu mengadu dada rasa cemas, heart palpitate, tangan kebas2....sebenarnya salah satu tanda menapous tuh. Mak tiba2 ajak aku pegi ke klinik yang dah lama kami tak pegi di Seri Kembangan.
Setelah pemeriksaan dibuat, berlangsungla satu perbualan yg tidak diduga.
Doktar: ******(nama abah aku) apa khabar?
Mak: Dia sudah meninggal doktar?
Doktar: Bila.....sakit jantung ker
Mak: Hujung tahun lepas....macam mana doktor tahu dia sakit jangtung.
Doktar: Saya ada periksa dia tahun lepas dan saya sudah minta dia refer ke IJN. Dia tak pegi ka?
Mak: Tak beritahu kat kami pulak?
Kemudian kami pun pulang dan petang itu kami menerima ziarah dari rakan abah.
Ipin: Kakak macam mana skarang?
Mak: Macam biasa jer Ipin........Kau tau tak wak (panggilan abah aku...kan aku ni jawa) ada sakit jantung.
Ipin: Dia ada bagitau dulu dia disuruh pegi ke IJN. Tapi dia tak mahu pasal takut kakak risau kat dia (sebenarnya mak aku dulu pun bukannya sihat selalu). Dia tak nak kakak susah hati.
Mak: Bila dia jumpa Dr. Ho.
Ipin: Lama dah.....masa nak setkan masa kawin ***(aku) dulu.
Aku: (dalam hati........padan la abah aku beriaya iya nak buat double wed. Dia tahu umurnya tak cukup panjang kalau nak tunggu 6 bulan lepas aku balik Msia baru nak Kahwin. Hati aku terus hiba)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Memang la ajal itu ditangan Allah, tetapi kadang kadang ada tanda tanda yg boleh dilihat akan kedatangan ajal seseorang itu yg kita rasakan pelik. Contohnya abah aku. Antara tagline yg paling popular dia gunakan.
Aku dah Isyak dah. Ko orang masih Zuhur lagi (maksudnya aku dah penghujung riwat ko masih dipertengahan lagi)-bukan ke Isyak itu punghujung ibadah wajib harian.
Begitu juga dgn timbalan imam tempat aku semasa kematian isterinya. Dia tidak menangis malah semasa dikubur sempat lagi berseloroh, katanya
Tak apa dia tetap tunggu aku kat sana nanti, sambil ketawa.
Dalam masa seminggu, dia kerumah semua org yg berhutang dengan dia minta balik duit dia (dia juga meniaga air batu ketul secara kecil2an). Katanya dia perlukan duit utk projek khas dia.
Semua pulangkan duit dia. Dalam masa yg sama dia serahkan kunci store surau kat siak dan bilang, dia tak ada nanti buka stor. Siak ingat dia nak balik kampung, rupa2nya kesokan hari genap seminggu arwah isterinya meninggal dia pun meninggal. Teringatkan sesuatu siak pergi ke stor surau dan buka stor. Semuanya dah siap, keranda, batu nisan, kain kafan (walaupun surau ada sediakan kain kafan sendiri, yg ini dia dah siapkan utk dirinya sendiri). Itu la dia sifat org yg seakan tahu ajalnya sudah dekat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Inilah yg menyedihkan aku, memang seronok berkahwin, tetapi lagi seronok jika aku tahu aku boleh berbuat sesuatu untuk arwah abah aku supaya dia sempat melihat cucu2 dia. Alfatihah