Budak Macai

Its all about me, loves one and friends that dear to me

Monday, November 21, 2005

Open House......Patut ker tak Patut Buat

Beberapa hari yg lepas memang aku kenyang. Kenyang makan dirumah 2`3 orang dan sampai aku tak pegi rumah org lain la pasal dah tak larat. Satunya macam ular sawa, dah kenyang memang la nak tidur, keduanya anak aku pun sket sket nak meragam. Tapi time ni la aku tengok dia makan banyak sungguh.

Jiran2 aku sampaikan usik duduk depan rumah tapi macam setahun tak jumpa. Mana tidaknya, kalau tak program dengan keluarga, aku keluar ke rumah kawan2 *** atau kawan aku ataupun ke kawan2 blogger baru. Memang la tak sempat nak borak2 dengan dia orang.

Aku seperti tahun2 yg lepas memang kerap kali menjamu org semasa syawal. Memang niat aku nak menjamu org makan. Untung2 murah rezeki aku. Ada juga yg aku kenal membuat jamuan semata2 nak menunjuk. Konon konon duit dia masih banyak lagi walaupun dah perabis banyak masa sebelum raya. Ada memang siap mengaku 'aku kalau buat makan2 kat rumah aku tuh maksudnya adalah yang aku dah ubah suai kat rumah aku. Kau ni macam tak paham pulak'.... Paham, bukan tak paham...... aku, kalau dia buat macamana atau apa2 pun aku memang cuba cari masa nak jumpa dia. Bukan pasal nak tengok kehebatan rumah dia tapi lebih nak senyum kosong dengan dia. AKu panggil dia Papa Jarum.....Internet bergerak di Bangi... kekekeke..... nasib badan ko lo F*****.

Ada juga yang bila sampai kat rumah.... Hey **** dan ***, kau kalau masuk rumah aku dah tak payah bersila dah, aku dah beli baik punya couch, settee bla bla bla....... Pergh Tapi suka hati ko la. Memang ko dah banyak duit.........suka hati ko nak buat apa.

Aku memang suka jamu org makan. Kalau org kata aku saja nak nunjuk, tak boleh kot kata begitu. Sebabnya masa aku menyewa lagi aku memang buat open house. Malah bila aku beli rumah murah aku juga ada buat open house........kalau aku nak menunjuk, takkan bila ada ada rumah besar, baru sekarang nak menunjukkan.......aku tak perlukan rumah besar kalau aku nak buat open house. Aku tahu ramai org seikhlas aku bila menjamu org. Spt semalam aku kerumah jiran aku, *** tak dapat ikut pasal anak aku meragam, jadi isteri tuan rumah pun tanya kpd aku knp *** tak datang, Dah lama dia tak berborak dgn *** melainkan kalau ada kenduri besar di lorong rumah aku. Jadi memang aku nampak ia seakan perjumpaan sosial yg pada masa2 tertentu dan bersebab kita boleh berborak dengan Jiran2.

Cuma tahun ini, tahun ini tak tahu samada nak buat atau tak. Sebabnya:

1. Setiap hujung minggu satu hari dapat 3~4 jemputan Open house......Aku nak jalan2 kerumah depa. Nak borak2 dengan depa.
2. Jiran2 aku sendiri pun sibuk dok buat open house. Last2 nanti kalau aku buat Open House, aku dok tunggu depa, depa dok tunggu aku, tak ke haru begitu nanti.
3. Pembantu rumah aku tak ada, sekarang nih pun tercungap cungap settle kan daily chores, ni kan pulak nak buat open house. Sedara mara kata takkan susah pasal abg aku buat catering. Catering senang, nak mengemas tuh yang buat aku nak MC seminggu tuh.
4. Aku rasa la kan, kenapa nak tunggu open house baru nak datang rumah. Datang la bila2 aku tetap jemput masuk rumah. Org pakistan yg jual karpet masuk kedlm rumah tanpa dijemput pun aku tak halau depa, inikan pula sedara mara dan kawan yg aku kenal. Tepon awal adala benda sedap yg boleh dihidangkan. Kalau muncul tiba2 pun aku tetap jamu. Special delivery dari Restoran Pak Ngah ada.....tak perlu risau.

Tapi la kan.......meriah open house tak sama kalau datang sikit2. Ni yang buat aku dalam dilema. Open House...... Patut ker tak Patut Buat

2 Comments:

At 1:29 PM, Anonymous tgazfa said...

patut!! jgn lupa jemput tau..sungguh nih.. tingin nk tgk ikan :)

 
At 4:38 PM, Anonymous tgazfa said...

budak;
nk tanya sini je lah..apa beza smart reader ngan cahayaku ... tmpt tadika yg i nk hantar anak i tuh, smart reader..tapi, cahayaku tuh camner? jawab ek? jawab kat mana2 lah :D .. dh lama u tak ke tag joe ..

 

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home